E-Sukan

E-Sports 'Lockdown' tawar hadiah lumayan

Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Sempena tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau 'lockdown' seluruh negara, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd akan menganjurkan Kejohanan E-Sports 'Lockdown' 2021 yang bakal berlangsung minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, kejohanan berkenaan terbuka kepada seluruh peminat sukan elektronik itu bagi memastikan sukan berkenaan terus berkembang pesat bukan sahaja di Terengganu tetapi seluruh negara.

Katanya, kejohanan julung kali diadakan itu dengan kerjasama Esports Malaysia Terengganu (ESMT) menawarkan hadiah berjumlah keseluruhan bernilai RM12,000.

"Bagi mengisi masa terluang peminat sukan e-sports selain untuk mengembangkan lagi sukan itu khususnya di Terengganu, kami berbesar hati menganjurkan pertandingan itu sempena tempoh 'Lockdown' bagi peminat sukan elektronik di seluruh negara.

"Kejohanan kali pertama ini akan mempertandingkan sebanyak empat kategori iaitu pertama PES 2021 Mobile yang terbuka kepada semua peringkat umur dan akan dipertandingkan secara peringkat kumpulan serta kalah mati, pautan pendaftaran boleh dibuat melalui https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc_9mPma2BttgSnEXcBWURH30DyK4W0....

"Kategori kedua PES 2021 1 vs 1 iaitu terbuka kepada semua peringkat umur dan akan dipertandingkan secara peringkat kumpulan serta kalah mati dengan pautan pendaftaran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScn7hcxYVOGa2Nq51dldD5ijtGXQEd1....

"Kategori ketiga pula ialah FIFA 2021 1 vs 1, terbuka kepada semua peringkat umur yang akan dipertandingkan secara peringkat kumpulan serta kalah mati dengan pautan pendaftaran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfsaj-gzko9Ibr0Qj2MNe7yviIAb01G....

"Manakala kategori terakhir pula ialah FIFA 2021 PRO-CLUBS, terbuka kepada semua yang akan dipertandingkan secara pertandingan kumpulan dengan pautan pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecJZSYYaFINTKpj8xpqmmdIat2W89j... atau boleh menghubungi melalui aplikasi WhatsApp 010-776 5649.

"Tarikh pendaftaran bagi semua kategori bermula pada 17 hingga 22 Jun ini selain pihak penganjur mengharapkan peminat setia sukan itu dapat memeriahkan lagi kejohanan edisi pertama itu," katanya.

Disiarkan pada: June 18, 2021 @ 5:50pm
d