Hoki

MHC gantung Megat 18 bulan

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Gara-gara melanggar etika yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman terpaksa membayar dengan harga yang 'mahal' apabila digantung daripada terbabit sebarang aktiviti sukan itu selama 18 bulan.

Hukuman yang dikenakan terhadap Megat berkuat kuasa serta merta diputuskan selepas Ahli Lembaga MHC dalam satu mesyuarat menerusi atas talian selepas mendapati beliau melanggar Klausa 6 Kod Tatatertib Liga Hoki Malaysia (MHL).

Mengikut syarat berkenaan, setiap pengurus pasukan atau individu lain berkaitan dengan pasukan menandatangani Klausa 6 berkaitan tata kelakuan kejohanan MHL. "Sehubungan itu, mengikut Artikel 45 Megat boleh mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa berkaitan selepas menerima surat berkaitan pergantungan itu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu, Ahli Lembaga Eksekutif MHC menerima cadangan Jawatankuasa Tatatertib MHC untuk membersihkan PHKL daripada sebarang tuduhan.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PHKL, I Vickneswaran, mengadakan satu sidang media berhubung arahan mengosongkan pejabat PHKL di stadium itu menggunakan salah satu ruang dalam kawasan stadium berkenaan.

Sidang media itu dibuat susulan tindakan DBKL yang mengeluarkan notis kepada PHKL, untuk mengosongkan pejabat mereka di stadium yang terletak di Jalan Pantai Baharu itu dengan serta-merta, susulan kegagalan menguruskan venue itu dengan baik, selain bil utiliti tidak dibayar.

Disiarkan pada: November 4, 2020 @ 9:16pm
d