Hoki

Belanda hampiri tiket suku akhir

Oleh Jugjet Singh

Rourkela, India: Skuad Belanda hampir mengesahkan tempat di peringkat suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 apabila mereka menewaskan New Zealand 4-0 di Stadium Birsa Munda di Rourkela.

Belanda kini mempunyai satu lagi perlawanan apabila dijadual bertemu Chile 19 Januari ini di Stadium Kalinga, Bhubaneswar.

Bagi Malaysia, jurulatih Arul Selvaraj dan anak buahnya perlu menewaskan New Zealand untuk menduduki tempat kedua dalam Kumpulan C supaya dapat berdepan lawan yang 'lebih mudah'.

Belanda yang kini berada dalam tahap terbaik menjaringkan gol menerusi Thierry Brinkman (m-3 & 13), Koen Bijen (m-20) dan Tjep Hoedemakers (m-55).

Untuk rekod, Belanda sebelum ini juga menewaskan Malaysia 4-0.

Disiarkan pada: January 16, 2023 @ 8:03pm
d