Sukan Lain

Khabib umum kejutan persaraan

Oleh AFP

Paris: Juara dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan mengejut dari arena sukan itu hari ini selepas mendedahkan dia 'berjanji dengan ibunya' bahawa pertarungannya dengan Justin Gaethje adalah yang terakhir.

Atlet Russia, memenangi pertarungan dengan teknikal knockout di pusingan kedua, bertarung buat pertama kali sejak kematian bapa dan jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.

"Saya sukar dipertikaikan di UFC, juara tidak tewas dengan rekod 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA saya," katanya selepas kemenangan di Abu Dhabi.

"Saya berjanji dengan ibu ini mungkin adalah perlawanan yang terakhir saya. Tiada sebab untuk saya kembali ke sini tanpa bapa."

Seteru tradisi Khabib, Conor McGregor dari Ireland adalah antara individu yang pertama mengucapkan tahniah kepada atlet Russia berusia 32 tahun itu diatas pencapaian sepanjang kariernya.

"Saya akan meneruskan. Juga sekali lagi hormat dan simpati kepada bapa kamu. Kepada kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors," menurut catatannya di Twitter.

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 7:12am
d