Sukan Lain

Malnati dahului satu pukulan

Oleh AFP

Miami: Peter Malnati memburu gelaran pertamanya dalam masa lima tahun dengan membenam lima birdie dan mendahului satu pukulan selepas tamat pusingan pembukaan Jelajah PGA Bermuda, awal pagi tadi.

Pemain Amerika Syarikat berusia 33 tahun itu mencipta lapan bawah par 63 di Port Royal Golf Course di Southampton untuk satu pukulan mengatasi rakan senegara, Doug Ghim dan Ryan Armour.

"Saya rasa hebat dapat beraksi seperti ini, " kata Malnati said. "Sekarang, anda boleh letakkan saya di mana sahaja dan saya rasa lapangan ini sesuai dengan saya."

Malnati yang menduduki ranking ke-166 hanya menjulang trofi tunggal PGA di Kejohanan Sanderson Farms 2015 tetapi dua kali meraih pencapaian terbaik dalam jelajah awal bulan ini. Tempat kedua di Sanderson Farms dan berkongsi tempat kelima di Las Vegas.

Malnati berkata, dia menganggap bulan ini sebagai fantastik.

"Ia seperti saya mendapat sesuatu hasil kerja keras yang berpanjangan dan saya rasa selesa di atas rumput di lapangan ini.''

Sementara itu, juara tiga kali, Padraig Harrington yang belum beraksi Jelajah PGA sejak Mac lalu mencatat 67 dan ia catatan terendah pemain Ireland berusia 49 tahun itu di PGA sejak Mei tahun lalu.

Harrington mengakui Champions Tour pada September tahun depan lebih bermain di fikirannya.

Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 2:12pm
d