Sukan Lain

Djokovic kalah tapi kekal ranking pertama

Oleh AFP

Vienna: Novak Djokovic berdepan kekalahan terburuk semalam namun menegaskan bahawa dia sudah mencapai matlamatnya apabila menamatkan musim ini sebagai pemain nombor satu dunia dan menyamai rekod enam kali sebagai pemain yang menduduki ranking pertama.

Djokovic tewas 2-6,1-6 kepada pemain dari Itali, Lorenzo Sonego di suku akhir Kejohanan Vienna ATP.

Dia bagaimanapun sudah memenangi dua pusingan di ibu negara Austria itu sekali gus menyaksikan Djokovic, 33, akan menyamai rekod Pete Sampras yang pernah menduduki ranking teratas sebanyak enam kali.

"Merangkul gelaran nombor satu pada akhir tahun memberi kesan kepada saya," kata Djokovic.

"Saya sudah melakukan apa yang saya mahu di sini, mendapatkan nombor satu dan saya baik-baik saja dengan keputusan hari ini.

"Saya sihat dan kini mempersiapkan diri untuk penamat yang lebih baik di London (final ATP).

Sonego kini menduduki ranking ke-42 dan sebelum ini tewas pada pusingan kelayakan minggu lalu dan ia adalah kejayaan yang terbesar menewaskan Djokovic.

Satu-satu kejayaan terbaik Djokovic memenangi tiga perlawanan adalah di Terbuka Australia pada 2005 ketika bertemu Marat Safin terbaik dari lima set.

Disiarkan pada: October 31, 2020 @ 12:53pm
d