Sukan Lain

Simona positif Covid-19

Oleh AFP

Paris: Simona Halep diuji positif Covid-19 tetapi bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia itu berkata hari ini dia "sedang pulih dan rasa bagus."

Pemain dari Romania berusia 29 tahun itu membuat pengumuman menerusi Twitter, empat minggu selepas dia tersingkir daripada Terbuka Perancis sebagai pilihan utama kepada Iga Swiatek, yang menang gelaran dimenangi Simona pada 2018.

Simona, juara bertahan Wimbledon memberitahu: "Hai semua orang, saya mahu memberitahu anda bahawa saya diuji positif Covid-19.

"Saya kini menjalani kuarantin di rumah dan semakin pulih daripada simpton kecil. Saya rasa bagus... kita akan melalui ini bersama."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 31, 2020 @ 9:37pm
    d