Sukan Lain

England juara ragbi Enam Negara

Oleh AFP

London: England memenangi gelaran kejohanan ragbi Enam Negara buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun selepas menewaskan Itali selepas Ireland tewas kepada Perancis.

Hampir setahun selepas ditewaskan Afrika Selatan pada final Piala Dunia, England bangkit menerajui kejohanan dengan kemenangan 34-5 di Itali.

Ireland, yang mendahului kedudukan sebelum perlawanan terakhir itu, memerlukan kemenangan dengan agregat melebihi tujuh mata di Paris atau melakukan empat try ke atas bagi mendapat mata bonus, bagi mengesahkan kejuaraan.

Bagaimanapun harapan mereka berkecai selepas tewas 35-27 di tangan Perancis dan terpaksa menyerahkan gelaran kepada England berdasarkan perbezaan mata.

Kapten England Owen Farrel akan menerima trofi Enam Negara hari ini selepas Perancis menutup peluang Ireland yang dibimbing bapanya Andy.

Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 1:42pm
d