Sukan Lain

Kes penggantungan Russia mula dibicarakan

Oleh AFP

Lausanne: Russia akan cuba membatalkan keputusan penggantungan empat tahun daripada menyertai sebarang sukan minggu ini dengan kes itu ke mahkamah akan mula dibicarakan hari ini.

Badan anti-doping dunia WADA Disember lalu mengisytiharkan Badan Anti-Doping Russia (RUSADA) melanggar peraturan selepas didapati bersalah memanipulasi data ujian.

Penggantungan itu bermakna negara itu akan terlepas Olimpik Tokyo selain turut tidak dibenarkan beraksi di Piala Dunia bola sepak 2020 di Qatar dan Sukan Olimpik musim sejuk di China, 2022.

Minggu ini Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan memulakan proses pendengaran dan dijangka akan tamat Jumaat ini.

"WADA meminta agar perbicaraan diadakan di khalayak ramai tetapi untuk melakukan perkara itu semua pihak harus bersetuju dan itu tidak akan terjadi," kata WADA.

Disebabkan itu, proses perbicaraan itu akan dilakukan secara tertutup di lokasi yang tidak akan didedahkan.

Keputusan akan diumumkan kepada semua pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 12:30pm
d