Sukan Lain

Bajet 2021 - RM55 juta program pembangunan sukan

Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan pengkhususan kepada sukan berprestasi tinggi apabila kerajaan akan menyediakan RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal.

Ia juga meliputi pembangunan atlet wanita termasuk RM15 juta kepada pembangunan e-Sports.

Kerajaan juga akan menyediakan RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan membina kemudahan sukan di seluruh negara.

Bagi pengusaha industri sukan RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan.

Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 5:39pm
d