Sukan Lain

Kejohanan futsal JPJ Terengganu meriah

Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Bagi memastikan setiap anggota sentiasa kekal cergas, Kelab Sukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Pengarah JPJ Terengganu.

Kejohanan disertai sembilan pasukan lelaki dan empat pasukan wanita berlangsung di Futsal Ladang minggu lalu, menyaksikan Penguatkuasa B muncul johan selepas berjaya mengetepikan cabaran Penguatkuasa A 2-0 melalui sepakan penalti manakala tempat ketiga dimenangi JPJ Kemaman.

Bagi kategori wanita pula, Team A yang diwakili Bahagian Pengurusan muncul juara selepas menundukkan Team B dengan kemenangan tipis 1- 0 manakala tempat ketiga menjadi milik Team C.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin dan timbalannya, Mir Khairol Hafizal Mir Idris.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, kejohanan berkenaan bukan saja mampu mengeratkan hubungan sesama anggota dan kakitangan, tapi turut menggalakkan mereka melakukan aktiviti senaman.

Disiarkan pada: November 12, 2020 @ 2:18pm
d