Sukan Lain

Nadal hampiri gelaran Final ATP

Oleh AFP

London: Rafael Nadal terus menghidupkan peluangnya untuk untuk memenangi Final ATP buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan, Stefanos Tsitsipas 6-4, 4-6, 6-2 di London untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Sensasi Sepanyol itu yang sudah memenangi 86 gelaran, kini sedang memburu kejuaraan di kejohanan yang belum pernah dimenangi sepanjang kariernya.

Pemain berusia 34 tahun itu layak beraksi di Final ATP selama 16 tahun berturut-turut tetapi terpaksa menarik diri dalam enam edisi.

Pilihan kedua itu memenangi aksi pertama saingan round robin bertemu Andrey Rublev namun kekalahan kepada Dominic Thiem menyaksikannya perlu mencatatkan kemenangan ke atas juara 2019, Tsitsipas untuk melangkah ke separuh akhir.

"Secara umumnya ia adalah perlawanan yang positif untuk saya. Dapat beraksi di separuh akhir pada kejohanan terakhir tahun ini adalah amat penting.

"Saya gembira dengan pencapaian ini dan menantikan aksi separuh akhir bertemu Daniil Medvedev," katanya.

Beliau menambah: "Agak sukar beraksi di sini bertemu antara pemain terhebat di dunia pada setiap hari. Kebiasaannya anda akan berasa kepenatan tetapi tahun ia suasananya sedikit berbeza."

Bulan lalu Nadal menyamai rekod Roger Federer memenangi 20 gelaran Grand Slam.

Disiarkan pada: November 20, 2020 @ 11:59am
d