Sukan Lain

White kata Tyson patut menang

Oleh Agensi

Los Angeles: Presiden UFC, Dana White memuji prestasi Mike Tyson selepas keluar daripada persaraan untuk bertemu Roy Jones Jr yang berakhir dengan keputusan seri.

Pada usia 54 tahun, Iron Mike kembali ke gelanggang selepas 15 tahun pada aksi yang berlangsung di Los Angeles semalam.

Selepas aksi lapan pusingan itu, Tyson hanya berpuas hati dengan keputusan seri bersama Jones yang berusia 51 tahun.

Keputusan itu menarik minat bekas rakan lamanya, White yang berpendapat Tyson sepatutnya memenangi perlawanan itu.

"Anda sering bertanya kepada saya menjelang perlawanan itu dan saya tidak mahu memperkatakan apa-apa.

"Tyson adalah rakan baik saya. Saya rasa berdebar kerana dia sudah berusia 54 tahun.

"Antara perkara yang membimbangkan saya ialah Mike seorang yang sangat luar biasa dan pada usia itu masih mahu beraksi.

"Saya juga bimbangkan Roy. Dia berusia 51 tahun tetapi lebih aktif berbanding Tyson. Tapi Roy nampak lebih letih berbanding Mike yang mana ia agak mengejutkan," katanya.

Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 12:01pm
d