Sukan Lain

Djokovic sentiasa gelisah - Agassi

Oleh Agensi

New York: Andre Agassi mendedahkan Novak Djokovic sentiasa kelihatan gelisah dan ia menyebabkan mereka berdua terpaksa membawa haluan masing-masing.

Agassi menyertai pasukan kejurulatihan Djokovic pada 2017 dan mengambil alih sebagai ketua jurulatih setahun kemudian namun ia adalah program jangka pendek.

Kedua-dua mereka kelihatan tidak sehaluan dan memperoleh keputusan buruk, namun Agassi gembira kerana keputusan untuk tidak lagi bekerjasama membuatkan Djokovic berjaya kembali pada keadaan sedia kala dan memperoleh kembali identiti asalnya.

"Dia sentiasa kelihatan gelisah di dalam gelanggang tenis. Saya mungkin terlalu menekannya dan mahukan keputusan cepat.

"Saya cabar dia untuk berhenti bekerjasama bagi membolehkan dia mempunyai alasan untuk membuktikan sesuatu. Akhirnya dia kembali kepada menemui sentuhan, itu yang sangat diperlukannya.

"Apa yang Novak perlukan adalah alasan untuk kembali bangkit dan menjaga statusnya. Banyak perkara yang perlu dia fikirkan terlebih dulu," kata Agassi.

Agassi mengumumkan beliau tidak lagi bersama Djokovic pada 31 Mac 2018, dengan memberi alasan banyak perselisihan sepanjang kedua-duanya bergabung.

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 2:15pm
d