Sukan Lain

'McGregor terlalu bagus' - jurulatih

Oleh Agensi

Dublin: Conor McGregor terlalu unggul di setiap sudut dan tidak mungkin akan tewas kepada Dustin Poirier pada perlawanan kedua mereka, kata jurulatihnya, Owen Roddy.

Bintang Ireland itu yang sebelum ini menewaskan Poirier pada 2014, akan kembali ke oktagon pada 23 Januari untuk bertemu lawannya itu.

Roddy meramalkan McGregor, 32, akan menewaskan Poirier pada perlawanan kedua itu.

Roddy memberitahu The MMA Bash: "Saya rasa Poirier lebih baik berbanding ketika perlawanan pertama sebelum ini.

"Saya juga rasa Conor mempamerkan peningkatan sejak daripada perlawanan pertama itu.

"Mereka berdua adalah petarung terbaik apabila bertemu di atas gelanggang tetapi Conor masih lagi jauh lebih baik. Saya rasa setiap gerakannya sangat tepat.

"Poirier mempunyai kemahiran tinggi tetapi saya tidak nampak di mana kekuatannya untuk mengalahkan Conor.

"Conor terlalu bagus di setiap sudut."

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 9:12pm
d