Sukan Lain

Hovland julang trofi Mayakoba

Oleh AFP

Mexico City: Pemain golf Norway, Viktor Hovland membenam birdie dengan melakukan putt sejauh tiga meter di lubang terakhir untuk meraih kejuaraan Klasik Mayakoba dengan kelebihan satu pukulan mengatasi wakil Amerika Syarikat, Aaron Wise.

Ia adalah kejuaraan Jelajah PGA buat kali kedua pemain berusia 23 tahun dari Oslo itu, yang bergantung harap kepada birdie di Terbuka Puerto Rico.

"Saya sebenarnya tidak rasa selesa dengan situasi ini. Saya sedikit gementar pada hujung saingan. Saya sedar bahawa akan melakukan birdie pada lubang 18 dan ia berjaya dihasilkan," Hovland.

Hovland, yang menduduki ranking ke-25 dunia, melakukan enam di bawah par 65 pada pusingan terakhir bagi mengumpul keseluruhan 20 di bawah par 264.

Wise, yang melakukan 63 pada hari terakhir berada di kedudukan kedua selepas mengumpul 265 pukulan, manakala rakan senegara, Tom Hoge dan Adam Long berkongsi kedudukan ketiga (267).

"Saya melakukan setiap pukulan mengikut kemampuan saya. Saya berasa selesa dan mampu untuk memberi tekanan. Saya hanya tidak dapat mengurangkan satu pukulan di hujung saingan," kata Wise.

Hovland, yang berjaya mencatat pukulan peribadi terendah pada hari ketiga (63), membenam birdie empat birdie pada enam lubang pertama dan berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan.

Selepas terkandas dengan satu bogey di lubang ke-12, Hovland bangkit dengan mencatat birdie pada lubang ke-13 dan 14, untuk sama-sama memimpin saingan bersama Wise.

Disiarkan pada: December 7, 2020 @ 3:47pm
d