Sukan Lain

Nanjing tuan rumah olahraga dalam dewan 2023

Oleh Agensi

London: Nanjing akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dalam Dewan pada 2023 selepas acara yang sepatutnya berlangsung 2021 ditangguhkan kerana kes pandemik Covid-19 yang tidak menentu masih melanda beberapa negara.

Bandar di China itu dijadualkan menjadi tuan rumah kejohanan pada Mac 2020 tetapi diubah ke 2021.

Nanjing akan menjadi tuan rumah acara itu selepas setahun acara Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Belgrade pada 2022.

"Kami menghormati sepenuhnya dan mengambil langkah sepatutnya mengekang pandemik bagi negara tuan rumah," menurut World Athletics.

"Kami harus mempertimbangkan risiko dalam membawa kumpulan yang ramai untuk menghadiri acara itu dalam situasi pandemik ketika ini.

"Penganjuran musim olahraga dalam dewan buat atlet tampak samar jadi tidak mustahil ia dilanjutkan pada tahun berikutnya."

Acara yang kebiasaannya dianjurkan setiap dua tahun dan kali terakhir berlangsung di Birmingham pada 2018, di mana Britain memenangi dua pingat emas.

Kejohanan World Athletics dewan dunia seterusnya dijadualkan membabitkan Jelajah Dalam Dewan Dunia bermula di Karlsruhe, Jerman pada 29 Januari ini.

Disiarkan pada: December 11, 2020 @ 3:00pm
d