Sukan Lain

AJ, Fury bertarung Mei 2021

Oleh Agensi

Las Vegas: Anthony Joshua (AJ) sedia berdepan Tyson Fury pada Mei 2021 susulan perbincangan positif antara promoter perlawanan Eddie Hearn dan Bob Arum.

AJ mempertahankan gelaran WBA, IBF, WBO, dan IBO dengan menewaskan Kubrat Pulev menerusi knockout pusingan kesembilan untuk membolehkan pertarungan menentang juara WBC, Fury.

Promoter bagi Joshua, Hearn mengadakan perbincangan bersama Arum bagi dua pertarungan dengan pertarungan kedua dijadualkan pada penghujung 2021.

Dia memberitahu Sky Sports: "Saya berbincang dengan baik bersama [Bob Arum] semalam. Ada tanda positif.

"Saya fikir kita semua berada dalam situasi yang sama. Kita mahu meneruskan pertarungan secepat mungkin dan menjadi berita baik buat peminat.

"Hanya perlu menyelesaikan beberapa isu membabitkan pertarungan.

"Kami mengambil langkah berikutnya dengan memaklumkan kepada badan kerajaan mengenai perancangan kami mengadakan perlawanan kemungkinan pada Mei dan kami mahu pertarungan ini sebagai perebutan kejuaraan heavyweight dunia."

Disiarkan pada: December 15, 2020 @ 9:28pm
d