Sukan Lain

Russia terlepas Olimpik Tokyo walaupun hukuman dikurangkan

Oleh AFP

Lausanne: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menggantung Russia daripada menyertai pertandingan antarabangsa selama dua tahun, ia termasuk Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan dan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Bagaimanapun, sebahagian daripada hukuman itu dianggap sebagai satu bencana buat atlet yang 'bersih' dan memegang integriti di dalam sukan.

CAS memendekkan hukuman empat tahun yang dikenakan secara sistematik oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

"Ahli panel membuat keputusan berlandaskan sifat dan serius terhadap mereka yang tidak patuh dengan undang-undang. Ini bagi memastikan bahawa integriti sukan berkaitan bencana doping dipertahankan.

"Hukuman yang ditetapkan ahli panel tidak terlalu panjang seperti yang dituntut WADA. Bagaimanapun, ini tidak bermakna tindakan yang dilakukan oleh Agensi Anti Doping Russia RUSADA) atau pihak berkuasa Russia adalah sah," kata CAS.

Penggantungan berkenaan akan berakhir sehingga 16 Disember 2022, ia termasuk Piala Dunia di Qatar yang berakhir dua hari kemudian.

Di bawah keputusan berkenaan atlet Russia boleh lagi dibenarkan untuk beraksi di peringkat antarabangsa namun sebagai atlet neutral jika mereka boleh membuktikan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aktiviti doping.

Keputusan yang dilakukan oleh CAS itu mendapat kecaman meluas termasuk dari Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA).

"USADA melihat ia adalah keputusan yang sangat dahsyat. Dalam aspek Russia ia memberi kerugian buat mereka yang tidak terbabit," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) USADA, Travis Tygart.

Presiden Rusia Vladimir Putin membantah keputusan itu sebagai keputusan 'berbaur politik' yang bertentangan dengan Piagam Olimpik.

Disiarkan pada: December 18, 2020 @ 9:17am
d