Sukan Lain

Khabib tak kemaruk wang

Oleh Agensi

London: Khabib Nurmagomedov tidak mudah dipujuk untuk keluar daripada persaraan UFC hanya dengan wang namun dia mungkin akan tetap kembali, tegas Daniel Cormier.

Cormier adalah rakan rapat dan rakan sepasukan bersama Khabib, cukup mengenali bintang Rusia itu dan sokongan kewangan adalah perkara yang terakhir berada di dalam fikirannya jika atlet tempur itu memilih untuk kembali bertarung.

Presiden UFC, Dana White sebelum ini yakin akan kemampuannya memujuk jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu untuk kembali bertarung.

Namun, Cormier mempunyai beberapa pandangan untuk memastikan Khabib kembali bertarung.

"Saya pernah bertanya kepada Khabib, Berapa banyak wang diperlukan oleh saya untuk menjadi kaya di Dagestan?"

Dia berkata, "AS$5 juta (RM20.3 juta) dan kamu menjadi kaya sepanjang hidup." Khabib mempunyai lebih daripada AS$5 juta. Jadi saya tidak tahu berapa jumlah wang yang diperlukan untuk membuatkan dia kembali bertarung di oktagon.

Semestinya, Khabib harus dimotivasikan dengan cabaran yang kompetitif ketika bintang MMA itu mengesahkan persaraan.

Tambahnya: "Dana harus melakukan sesuatu mengenai semangatnya untuk memujuk Khabib kembali bertarung.

"Dia memperoleh banyak wang di luar oktagon buat masa ini, ia mungkin menjadi salah satu sebab sukar untuk kembali semula ke gelanggang, kerana saya tidak fikir ia membabitkan sejumlah wang yang akan membuatkan dia kembali ke oktagon."

Juara lightweight dari Rusia yang memegang rekod 29-0 itu, mengumumkan persaraan mengejut daripada MMA pada Oktober lalu selepas menewaskan Justin Gaethje.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 7:15pm
d