Sukan Lain

Palmer, English dahului USPGA

Oleh AFP

Los Angeles: Ryan Palmer membenam enam birdie dari tujuh lubang terakhir untuk mendahului bersama rakan senegara, Harris English selepas tamat pusingan ketiga Kejuaraan Amerika Syarikat PGA (USPGA).

Palmer cemerlang tanpa sebarang bogey untuk sembilan bahawa par 64 menyamai catatan English yang turut mencatatkan 66 pukulan tanpa sebarang bogey dengan jumlah keseluruhan 21 di bawah par 198 selepas 54 lubang di lapangan Plantation di Kapalua, Hawaii.

"Ia sangat tepat," kata Palmer. "Saya memukul dengan baik. Putt saya juga baik."

English tidak melakukan sebarang bogey sejak lubang ketujuh pada hari pertama pertandingan.

"Sangat berpuas hati," kata English. "Kebiasaannya Sabtu adalah hari yang sukar. Saya dapat rasakan saya bermain dengan baik, mengikut strategi dan kekal bertenang.

"Saya yakin dengan permainan saya. Saya memukul dengan sangat baik."

Pemain ranking ketujuh Collin Morikawa, juara PGA tahun lalu di tempat ketiga dengan 199 pukulan diikuti Daniel Berger keempat 201 dan pemain Korea Selatan Im Sung-jae dan Justin Thomas berkongsi tempat kelima 202.

Disiarkan pada: January 10, 2021 @ 1:47pm
d