Sukan Lain

Koepka lakukan persiapan awal

Oleh AFP

Los Angeles: Bekas pemain nombor satu dunia, Brooks Koepka akan memulakan Jelajah PGA 2021 di California minggu ini sebagai persiapan menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Koepka akan beraksi di La Quinta, California, buat kali pertama, saingan awal musim yang di masukkan dalam Jelajah PGA termasuk di Torrey Pines, San Diego lapangan bagi Terbuka AS Jun depan.

"Saya rasa ia sangat penting untuk bermain di Torrey Pines dan melihat lapangan golf berkenaan sebelum kembali ke tempat sama pada pertengahan tahun.

"Salah satu perkara yang saya suka adalah bermain satu pusingan atau sekurang-kurangnya satu kejohanan sebelum memulakannya dan saya rasa turun beraksi minggu ini sangat bermanfaat, hanya untuk mendapat rentak, mengukur keupayaan dan memperbaiki kelemahan bagi minggu seterusnya," kata Koepka.

Juara empat kali kejuaraan utama itu bukan saja terganggu dengan pandemik Covid-19 pada tahun lalu tapi turut dibelenggu masalah kecederaan.

Dia berjaya menduduki 10 kelompok terbaik sebanyak dua kali dalam 13 kejohanan awal, namun kecederaan lutut menghalang untuk beraksi di playoff Jelajah PGA dan Terbuka AS di Winged Foot September lalu.

Koepka menamatkan saingan di tempat ketujuh di Masters November lalu dan berkata selepas melakukan suntikan Platelet Rich Plasma (PRP), lututnya kelihatan semakin sembuh.

"Saya sudah sihat sekarang, jadi tidak risau mengenai perkara itu. Saya rasa berada pada keadaan terbaik mungkin di mana kali terakhir pada 2018.

"Keyakinan saya masih lagi tinggi," katanya yang sekarang ini menduduki ranking ke-12 dunia.

Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 12:04pm
d