Sukan Lain

McGregor mahu dikenang sebagai legenda

Oleh AFP

Abu Dhabi: Conor McGregor berjanji akan memberi aksi paling cemerlang menjelang pertembungan terbesar dalam seni bela diri campuran (MMA) esok menentang petarung Amerika Syarikat bagi kelas lightweight, Dustin Poirier yang menjadi acara utama UFC 257 di Abu Dhabi.

"Saya berada pada tahap terbaik yang pernah saya capai. Saya akan menunjukkan kepada dunia apa yang saya miliki," kata McGregor pada sidang akhbar sebelum pertembungan di Arena Etihad.

Selepas tidak beraksi selama 12 bulan bekas juara dua kategori, McGregor akan kembali ke gelanggang di 'Fight Island' lokasi yang dibina Julai lalu bagi membendung atlet MMA daripada pendemik Covid-19.

Berbeza berbanding sebelum ini apabila dia hanya bercakap kosong untuk memeriahkan sidang akhbar atlet berusia 32 tahun dari Ireland itu dilihat lebih matang dengan memberi penghormatan buat lawannya.

McGregor memberi bayangan bahawa akan menamatkan aksi seawal pada pusingan pertama dan berharap satu hari nanti akan diingati sebagai salah seorang daripada atlet terhebat sukan berkenaan.

"Semua wang hadiah kemenangan, semua tali pinggang dan segala-galanya sentiasa datang dan pergi. Anda tahu apa yang akan kekal? Kehebatan. Anda lihat kehebatan dilakukan Roy Jones Jnr, anda lihat kehebatan Mike Tyson, anda lihat kehebatan Muhammad Ali. Saya mahu kehebatan sentiasa ditunjukkan menjadi seperti sebuah filem," kata McGregor.

McGregor (22-4) kali terakhir mengalahkan petarung welterweight Amerika Syarikat, Donald Cerrone (36-15) menerusi 'knockout' dalam hanya 40 saat di UFC 246 di Las Vegas pada 18 Januari.

Disiarkan pada: January 22, 2021 @ 1:06pm
d