Sukan Lain

Danielle dahului saingan sulung LPGA

Oleh AFP

Miami: Pemain ranking kelima dunia, Danielle Kang bebas daripada melakukan sebarang bogey untuk melakukan tujuh di bawah par 64 bagi membolehkannya mendahului satu pukulan di pusingan pertama kejohanan pembukaan Jelajah PGA, Tournament of Champions.

Wakil Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu yang memburu kejuaraan LPGA keenam, melakukan tiga set birdie secara berturut-turut di Four Season Golf & Sports Club di Lake Buena Vista, Florida.

Penyandang juara, Gaby Lopez dari Mexico dan pasangan adik-beradik, Nelly serta Jessica Korda berkongsi di kedudukan kedua selepas mengumpul 65 pukulan, manakala Stacy Lewis dan Brittany Lincicome ketinggalan satu pukulan di belakang.

Selepas membenam birdie pada lubang kedua dan ketiga, Danielle melakukan perkara sama pada lubang kesembilan dan ke-10.

Dia kemudiannya melakukan tiga birdie pada empat lubang terakhir.

Anak juara tenis Terbuka Australia 1998, Petr Korda, Jessica bermula dengan di lubang ke-10 dengan melakukan tiga birdie dan eagle di lubang ke-13, sebelum melakukan birdie berganda di lubang ke-17 dan 18.

Bagaimanapun, dia melakukan bogey di lubang kedua dan ketujuh sebelum bangkit dengan membenam birdie melalui putt di lubang kesembilan.

Disiarkan pada: January 22, 2021 @ 2:20pm
d