Sukan Lain

Holloway lebih hebat dari McGregor

Oleh Agensi

Las Vegas: Max Holloway petinju yang lebih baik berbanding bekas juara divisyen dua UFC, Conor McGregor ujar Dustin Poirier.

Holloway mengumumkan dirinya 'petinju terbaik di UFC' ketika di UFC dalam ABC 1 bersama Calvin Kattar, dengan mudah menghindari kombinasi enam pukulan beberapa saat selepas memberikan gelaran itu kepada dirinya sendiri.

McGregor yang menewaskan atlet Hawaii itu tujuh setengah tahun yang lalu, menjadikan isu pengumuman Holloway, dengan memuat naik video pertarungan epik di media sosial.

Namun bekas juara interim lightweight, Poirier percaya skil tinju The Notorious tenggelam dengan maklum balas daripada peminat yang memilih Holloway.

Ketika penampilan dalam The Fight bersama Teddy Atlas, Poirier berakata: Conor sememangnya lebih baik dari segi tumbukan.

"Kelihatan seperti Max menggabungkan semuanya dan dia berada tempat yang betul untuk melakukannya dengan lebih baik.

"Saya fikir Max Holloway [adalah petinju yang lebih baik]."

Disiarkan pada: February 5, 2021 @ 1:10pm
d