Sukan Lain

Serena garang di Terbuka Australia

Oleh AFP

Melbourne: Serena Williams tidak berdepan masalah menyingkirkan Nina Stojanovic pada saingan Terbuka Australia, ketika juara Grand Slam 23 kali itu meneruskan aksi cemerlang di Melbourne Park.

Bintang tenis berusia 39 tahun mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mencatat 6-3, 6-0 pada aksi pusingan kedua dalam tempoh 69 minit.

"Saya tidak terlalu banyak bekerja keras pada set kedua, berbanding dalam set pertama.

"Saya berada di sini untuk bergembira dan ia menakjubkan dapat beraksi di hadapan penonton." kata Serena.

Pemain pilihan ke-10 itu melakukan beberapa pukulan kilas mengelirukan untuk mencatat kemenangan dan mengekalkan penguasaan ke atas pemain Serbia itu pada set kedua dan melakar kemenangan dengan ace keenamnya.

Serena berada di landasan terbaik untuk memburu rekod pencapaian ke-24 Grand Slam yang dilakukan Margaret Court.

Juara tujuh kali Terbuka Australia sebelum ini bergelut dengan kecederaan bahu dan pangkal kaki tetapi tidak menunjukkan aksi hambar di gelanggang.

Dia sebelum ini menewaskan Laura Siegemund 6-1, 6-1 di pusingan pertama dan akan berdepan Anastasia Potapova dari Rusia pada pusingan ketiga.

Disiarkan pada: February 10, 2021 @ 1:43pm
d