Sukan Lain

Burns dahului saingan biarpun cuaca buruk

Oleh AFP

Los Angeles: Sam Burns mendahului dua pukulan mengatasi pemain England, Matthew Fitzpatrick pada pusingan ketiga PGA Jemputan AS yang tamat dalam suasana gelap dan berangin.

Burns membenam bogey berganda untuk merekodkan 10 bawah par mempunyai baki lima lubang bersama 23 pemain yang lain ketika matahari terbenam termasuk 11 daripada 14 pemain yang menguasai kelompok teratas sebelum menamatkan aksi pusingan ketiga dalam keadaan cuaca sejuk dan berangin di Riviera Country Club.

"Anda berdepan angin yang luar biasa di sini. Walaupun ketika angin semakin berkurangan ia sukar untuk mengawal bola di atas green. Tiada banyak peluang di luar sana."

Burns yang menghuni ranking ke-149 dunia menyamai rekod 36 lubang di lapangan Riviera dengan catatan 12 bawah par 130 untuk mendahului lima pukulan namun kemudiannya terpaksa menunggu selama tiga jam 54 minit sebelum saingan bermula.

"Satu hari yang panjang. Lapangan menjadi sangat sukar. Kami berusaha memberi yang terbaik untuk meletakkannya di tempat yang betul.

Pemain Amerika itu yang dalam usahanya merangkul gelaran PGA yang pertama masih lagi mendahului selepas membenam tiga bogey par empat lubang ke-12 dan terlepas putt ketika par empat lubang 13.

Pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson di tempat ketiga dengan tujuh bawah par diikuti rakan senegara, Max Homa dan Wyndham Clark.

Johnson yang juga juara Masters dan Homa masih mempunyai baki lima lubang manakala Clark tiga.

Disiarkan pada: February 21, 2021 @ 12:21pm
d