Sukan Lain

Medvedev lonjak ranking ketiga dunia

Oleh AFP

Paris: Daniil Medvedev memecah penguasaan tiga teratas buat pertama kali menurut ranking terbaru ATP, ketika rakan senegara dari Russia, Aslan Karatsev melonjak sehingga 72 tangga selepas kejayaan mengejut mara ke separuh akhir Terbuka Australia.

Medvedev yang menamatkan saingan sebagai naib juara di Grand Slam buat kali kedua selepas tewas kepada pemain di ranking utama, Novak Djokovic pada aksi final di Melbourne, semalam.

Bintang Serbia, Djokovic merangkul kejuaraan utama yang ke-18.

Bekas finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Medvedev mengambil alih tempat Dominic Thiem, yang tercicir di tempat keempat selepas disingkirkan oleh Grigor Dimitrov dalam pertarungan straight set pada kelompok 16 terakhir.

Dimitrov dari Bulgaria kembali ke kelompok 20 teratas tetapi peningkatan ketara adalah Karatsev, pemain daripada kelayakan yang menjadi pemain lelaki pertama pada era ini mara ke separuh akhir kejohanan utama dalam penampilan pertamanya.

Karatsev, 27, melonjak dari kedudukan ke-114 ke 42 selepas menyingkir tiga pemain pilihan sebelum impiannya disekat oleh Djokovic dalam kelompok empat terakhir.

Kemenangan itu mengukuhkan status Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia.

Ranking ATP pada 22 Februari:

1. Novak Djokovic (SRB) 12030 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 9850

3. Daniil Medvedev (RUS) 9735 (+1)

4. Dominic Thiem (AUT) 9125 (-1)

5. Roger Federer (SUI) 6630

6. Stefanos Tsitsipas (GRE) 6595

7. Alexander Zverev (GER) 5615

8. Andrey Rublev (RUS) 4609

9. Diego Schwartzman (ARG) 3480

10. Matteo Berrettini (ITA) 3480

11. Denis Shapovalov (CAN) 2910 (+1)

12. Gael Monfils (FRA) 2860 (-1)

13. Roberto Bautista (ESP) 2710

14. Milos Raonic (CAN) 2630

15. David Goffin (BEL) 2600

16. Pablo Carreno Busta (ESP) 2585

17. Grigor Dimitrov (BUL) 2575 (+4)

18. Fabio Fognini (ITA) 2535 (-1)

19. Felix Auger-Aliassime (CAN) 2516

20. Stan Wawrinka (SUI) 2365 (-2)

*nota - ( ) kedudukan terdahulu

Disiarkan pada: February 22, 2021 @ 11:38pm
d