Sukan Lain

Simona tarik diri dari Terbuka Qatar

Oleh AFP

Paris: Pemain nombor tiga dunia, Simona Halep menarik diri daripada Terbuka Qatar minggu depan, umum penganjur acara WTA itu hari ini.

Bintang Romania itu menarik diri selepas tewas kepada Serena Williams pada aksi Suku Akhir Terbuka Australia.

"Malangnya saya sudah mengambil keputusan untuk menarik diri, saya tidak sabar untuk kembali beraksi di Doha tahun depan," menurut catatannya di Instagram.

Dia tidak memberikan sebarang sebab penarikan dirinya pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 1-6 Mac ini.

Disiarkan pada: February 23, 2021 @ 8:47pm
d