Sukan Lain

Nadal tidak beraksi di Rotterdam

Oleh AFP

Rotterdam: Rafael Nadal umum menarik diri dari menyertai kejohanan ATP di Rotterdam minggu depan bagi membolehkan dia melalui proses pemulihan kecederaan belakang yang menghantuinya di Australia.

Pemain nombor dua dunia itu menarik diri dari menyertai Piala ATP di Adelaide sebelum Terbuka Australia, selepas bergelut dengan kesakitan di bahagian belakang sebelum tumpas kepada Stefanos Tsitsipas di suku akhir awal bulan ini.

"Ia memang sangat menyedihkan saya terpaksa menarik diri dari menyertai kejohanan di Rotterdam.

"Seperti yang semua orang tahu, saya mengalami masalah sakit di bahagian belakang, di Australia di mana ia bermula sejak di Adelaide dan sambung sehingga ke Melbourne," kata Nadal dalam satu kenyataan.

Dia berkata, ketika di Australia mereka dapat menyelesaikan masalah itu untuk tempoh sementara ketika sehingga membolehkan dia beraksi di Terbuka Australia.

"Apabila saya pulang semula ke Sepanyol, saya berjumpa dengan doktor dan pasukan saya dengan mereka menasihati saya agar tidak beraksi minggu depan," katanya.

Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 12:04am
d