Sukan Lain

Nelly takluk Kejohanan Gainbridge

Oleh Agensi

Florida: Nelly Korda melengkapkan kejuaraan Jelajah LPGA keempat dengan kemenangan tiga pukulan di Kejohanan Gainbridge dekat Orlando.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu mendahului satu pukulan pada lewat petang kelmarin tetapi tiga birdie dalam enam lubang pertama membantu dirinya mengatasi pencabar lain ketika menamatkan pukulan dengan tiga di bawah 69 dan 16 bawah keseluruhan.

Seorang lagi pemain AS, Lexi Thompson (68) dan pemain New Zealand, Lydia Ko (69) berkongsi kedudukan dengan 13 bawah.

"Saya tidak beraksi dengan permainan golf yang baik, saya hanya kekal konsisten," kata Nelly, 22.

"Saya secara jujurnya tidak mengetahui bagaimana saya melakukannya. Ia sememangnya sangat tertekan. Mencatat kemenangan di hadapan ibu bapa juga adalah yang pertama, jadi ia adalah sangat baik."

Kakak Nelly, Jessica memenangi Jelajah LPGA pada acara sebelum ini, pembukaan musim Tournament of Champions pada Januari lalu.

Disiarkan pada: March 1, 2021 @ 9:20pm
d