Sukan Lain

Keringat berbaloi dapat rumah

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Tiga atlet paralimpik negara hari ini mendapat tonik berharga untuk terus mengekalkan momentum di temasya Olimpik Tokyo nanti apabila menerima sebuah rumah kediaman daripada Naza Corporation Holdings.

Mereka terdiri daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly menerima replika penyerahan kunci daripada Naza TTDI secara dalam talian hasil kejayaan menyumbang emas di temasya Olimpik Rio 2016.

Pastinya ia hadiah yang cukup bermakna terutama ketika sukan negara terjejas kerana pandemik Covid-19.

"Terima kasih kepada Naza kerana menghadiahkan kami bertiga sebuah rumah. Hadiah ini membakar semangat kami untuk terus berjuang demi negara," katanya yang kini menjalani latihan secara bersendirian.

Kata Ziyad, dia akan menduduki rumah berkenaan bersama keluarganya kerana lokasi strategik yang terletak Taman Equine, Seri Kembangan itu.

Skuad pralimpik negara menggegarkan dunia sukan negara apabila berjaya menyumbangkan tiga pingat emas menerusi Ridzuan dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Ziyad pula melakar kilauan pingat sama dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Manakala Latif menyumbangkan emas dalam acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual) lelaki dengan catatan 7.60 meter yang turut memecah rekod dunia.

Selain itu turut menerima hadiah yang sama adalah jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang selepas meraih pingat emas di Kejohanan Dunia di Hong Kong 2017 dan melakar sejarah tersendiri dengan membawa pulang Jersi Pelangi.

Disiarkan pada: March 3, 2021 @ 7:17pm
d