Sukan Lain

VSN2030 gilap atlet emas

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Bagi memastikan Malaysia terus melahirkan lebih ramai bakat istimewa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan pandangan daripada seluruh raykat Malaysia untuk menjayakan Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).

Ia sejajar dengan hasrat KBS yang mengharapkan semua pihak berkepentingan daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama mengembeleng idea dan pandangan dalam menjadikan tahun akan datang sebagai 'dekad emas'.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika Majlis Pelancaran Kanvas VSN2030 secara langsung di media sosial semalam berkata, beliau amat mengharapkan lebih banyak bakat istimewa dapat dilahirkan pada tahun akan datang selaras dengan misi VSN2030.

"Saya mahu Malaysia lahirkan lebih banyak bakat seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong, Azizulhasni Awang, Farah Ann dan sebagainya. Bakat yang ada akan digilap untuk menjadikan lebih banyak kilauan emas buat negara dan seterusnya Malaysia akan dikenali sebagai kuasa besar sukan," katanya.

Peminat boleh menyuarakan pandangan dalam laman sesawang www.vsn2030.my.

Disiarkan pada: April 7, 2021 @ 10:26pm
d