Sukan Lain

'Saya cintakan awak juga'

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: "Saya cintakan awak juga. Buat yang terbaik." Demikian reaksi spontan pengikut media sosial penerjun senior negara, Leong Mun Yee selepas dia memuat naik gambar dengan kapsyen 'P.S. I Love You'.

Dikenali sebagai atlet yang mempunyai perwatakan menarik, Mun Yee sentiasa mendapat perhatian pengikut di media sosialnya setiap kali dia memuat naik gambar atau video terkini.

Antara komen lain menerusi gambar itu termasuklah 'Sentiasa nampak cantik sokmo' yang di tulis seorang lagi pengikut Mun Yee di Facebook.

Mun Yee ketika ini sedang melakukan persiapan rapi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan selepas ditangguhkan pada tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, dia bakal membuat penampilan kali kelima pada temasya sukan terbesar dunia itu selepas kali pertama pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia.

Bulan lalu Mun Yee menyatakan tetap dengan keputusannya untuk bersara daripada arena sukan negara sejurus selepas tamat temasya Sukan Sea Vietnam hujung tahun ini.

Katanya sudah sampai masanya untuk dia memberi fokus kepada kehidupan peribadi dan membina rumah tangga bersama pilihan hatinya selepas sekian lama tertangguh kerana komitmennya sebagai atlet.

Disiarkan pada: April 18, 2021 @ 9:29pm
d