Sukan Lain

Dina, Duplantis bintang bakal menyinar di Tokyo

Oleh Agensi

Paris: Di Olimpik Tokyo 2020 terdapat ramai bintang muda yang akan membuat penampilan pertama di temasya sukan itu.

Mereka adalah bintang masa depan Olimpik dan mungkin mudah memenangi pingat emas.

Antara mereka bintang yang semakin melonjak menguasai acara sukan masing-masing antaranya atlet pecut Britain, Dina Asher-Smith, 24.

Dina sandaran terbaik dalam acara 100 meter (m), 200m, 4x100m, memenangi tiga pingat di Kejohanan Olahraga Dunia pada 2019 serta menjadi pelari pecut British terhebat dalam sejarah.

Atlet lompat bergalah Sweden yang dilahirkan di Amerika Syarikat, Mondo Duplantis, 21, menjadi salah seorang atlet yang diperkatakan di Tokyo 2020.

Duplantis menang pingat emas pada usia 15 tahun di Kejohanan Remaja Dunia 2015 dan merekodkan beberapa catatan terbaik dunia.

Tahun lalu, dia mencatat rekod dunia mengatasi rekod sepanjang zaman legenda lompat bergalah, Sergey Bubka.

Turut bakal diberikan perhatian atlet tinju Caroline Dubois, 20, yang juga adik kepada bintang heavyweight, Daniel Dubois.

Carolina menjadi juara Remaja Dunia dari England dengan mencatat kemenangan ke atas Nune Asatrian pada 2018. Dia turut beraksi cemerlang di final Summer Youth Olympics 2018. Selain merekodkan 35 kemenangan daripada 37 pertarungan.

Penyertaan atlet tuan rumah yang juga sensasi tenis dunia, Naomi Osaka, selain atlet olahraga Amerika Syarikat, Noah Lyles dan jaguh renang AS, Caeleb Dressel serta jaguh cilik dalam acara papan selaju, Sky Brown yang baru berusia 13 tahun dijangka bakal menarik perhatian di temasya itu.

Disiarkan pada: July 16, 2021 @ 12:48pm
d