Sukan Lain

De La Hoya tak sabar nak belasah Belfort

Oleh Agensi

Las Vegas: Kepulangan dinantikan Oscar De La Hoya ke gelanggang tinju tidak sebagai pertarungan pertunjukan dengan 'The Golden Boy' dan Vitor Belfort sebaliknya akan bertarung secara dua minit dalam lapan pusingan.

Legenda tinju dari Amerika Syarikat berusia 48 tahun itu akan berdepan bekas juara UFC, Belfort di Staples Center dekat Los Angeles pada 11 September ini.

Ramai menjangkakan pertarungan itu adalah aksi pertunjukan, sama seperti beberapa acara sebelum ini membabitkan petinju bersara yang melakukan penampilan semula ke gelanggang.

Menurut laporan The Athletic, ketua pihak penyiaran Triller dan California State Athletic Commission mengesahkan ia adalah pertarungan sebenar.

Pengasas bersama Triller, Ryan Kavanaugh menegaskan De La Hoya yang mahu mengubah pertarungan itu daripada pertunjukan kepada pertarungan sebenar.

Katanya: 'Oscar memaklumkan dia berada dalam keadaan terbaik dan enggan berlawan dalam aksi pertunjukan malah mahukan pertarungan sebenar. Kedua-dua mereka sebenarnya berada dalam persediaan yang baik.

De La Hoya berkongsi klip video dia menjalani latihan di Instagram dan menunjukkan gerak tubuh badannya yang baik serta tampak bersedia dalam tempoh kurang dari dua bulan untuk pertarungan itu."

Disamping klip berkenan De La Hoya mencatat: "Hanya sedikit aksi pemanas badan sebelum saya kembali berkerja keras dan bijak, sebagai persediaan latihan nanti. Saya rasa lebih pantas dan sasaran utama adalah perlawanan itu."

De La Hoya tidak bertarung sejak kalah teruk kepada Manny Pacquiao pada 2008 dan sepanjang tempoh itu dia menguruskan syarikat promoter Golden Boy miliknya yang dilihat semakin stabil.

Belfort pula menimba pengalaman berharga dari pertarungan lampau, dengan kali terakhir bertarung di UFC pada Mei 2018 ketika tewas kepada Lyoto Machida.

Di sebalik latar belakang dalam MMA, Belfort hanya memenangi satu pertarungan tinju profesional sepanjang kariernya. Dia menewaskan Josemario Neves pada 2006.

Begitupun, De La Hoya dilaporkan sudah mempunyai perancangan untuk berdepan jaguh UFC, Anderson Silva sebelum mahu menuntut bela dengan pertarungan berdepan Floyd Mayweather, yang menewaskannya pada 2007.

Disiarkan pada: July 22, 2021 @ 12:02pm
d