Sukan Lain

Guinea tak jadi tarik diri

Oleh AFP

Conakry: Negara di Afrika Barat, Guinea, hari ini menarik semula keputusan membatalkan penyertaan lima atletnya bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tindakan yang dikatakan dilakukan kerana kebimbangan terhadap Covid-19.

"Kerajaan selepas mendapat jaminan daripada pihak berkuasa kesihatan memberi kebenaran kepada atlet kami untuk bertanding," kata Menteri Sukan, Sanoussy Bantama Sow menerusi kenyataan.

Pengumuman itu perkembangan terbaru selepas Rabu lalu, mereka membatalkan penyertaan di Tokyo 2020 kerana bimbangkan Covid-19.

Bagaimanapun, sumber rapat kepada kerajaan memberitahu keputusan tidak menghantar lima atlet itu lebih kepada kekangan kewangan.

"Kementerian tidak mahu membayar," kata sumber itu.

Akbhar tempatan turut melaporkan masalah kewangan dan bukannya kesihatan yang menyebabkan Guinea menarik diri selepas tidak menang sebarang pingat dalam 11 penyertaan di Olimpik.

Lima atlet Guinea membabitkan Fatoumata Yarie Camara (gusti bebas), Mamadou Samba Bah (judo), Fatoumata Lamarana Toure dan Mamadou Tahirou Bah (renang) dan Aissata Deen Conte (olahraga wanita 100m).

Disiarkan pada: July 22, 2021 @ 11:08pm
d