Sukan Lain

Perenang 17 tahun kalahkan juara bertahan

Oleh AFP

Tokyo: Perenang Amerika Syarikat (AS), Lydia Jacoby mengejutkan rakan sepasukannya dan juara bertahan, Lilly King untuk memenangi pingat emas acara 100 meter (m) kuak dada di Tokyo, hari ini.

Perenang berusia 17 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga pada 50m terakhir untuk menamatkan saingan dengan catatan 1 minit 04.95 saat (s) manakala perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker kedua (1:05.22s) dan Lilly meraih gangsa dengan catatan 1:05.54s.

"Ia agak gila. Saya bersaing untuk mememangi pingat. Saya tahu boleh melakukannya," katanya.

"Tapi saya tidak menjangkakan mampu memenangi pingat emas. Jadi apabila melihat papan markah, saya seolah tidak percaya."

Tatjana memulakan saingan hari ini dengan muncul perenang paling pantas apabila mencatat rekod olimpik baharu pada peringkat saringan.

Malah dia dilihat pilihan utama untuk memenangi pingat emas.

Bagaimanapun Lydia memperoleh semangat luar biasa untuk mengatasi pesaingnya itu serta Lilly.

"Saya sangat gembira dengan prestasi hari ini dan turut gembira dengan kejayaan Lydia," kata Lilly.

Disiarkan pada: July 27, 2021 @ 11:57am
d