Sukan Lain

Azreen Nabila cetus sensasi [VIDEO]

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias mencetus sensasi apabila berjaya melepasi pusingan kelayakan acara 100 meter dengan catatan 11.77 saat (s) dalam saingan yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Dia yang hadir ke Olimpik atas tiket wild card akan meneruskan perjuangan di pusingan pertama yang dijadual berlangsung pada jam 11.55 pagi ini.

Pelari muda negara itu mara selepas menamatkan larian di tempat kedua di belakang atlet Iran, Farzaneh Fasihi Alshammari yang merekodkan 11.76s manakala Mudhawi dari Kuwait ketiga dengan catatan 11.82s.

Catatan 11.77s yang dilakar Azreen juga adalah rekod peribadi terbaiknya berbanding 11.81s yang dilakukannya ketika di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 lalu.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 9:54am
d