Sukan Lain

Cabaran dua pelayar negara berakhir

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Dua atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif gagal melangkah ke peringkat perebutan pingat.

Dalam perlumbaan kesembilan di Enoshima Yacht Harbour, hari ini, Khairulnizam yang turun bagi acara laser menamatkan saingan di kedudukan ke-23 sebelum mengakhiri saingan di tempat ke-20 bagi perlumbaan ke-10.

Pencapaian itu lebih baik berbanding perlumbaan ketujuh dan kelapan apabila mencatatkan kedudukan ke 26 serta 28.

Selepas mengharungi 10 perlumbaan, Khairulnizam yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia berada di kedudukan ke-28 keseluruhan.

Hanya 10 pelayar teratas dalam carta kedudukan keseluruhan layak beraksi dalam perlumbaan penentuan pingat.

Sementara itu, Nur Shazrin mencatatkan keputusan lebih baik berbanding semalam apabila berada di kedudukan ke-26 keseluruhan acara laser radial selepas menamatkan perlumbaan kesembilan di tempat ke-16 dan ke-15 pada perlumbaan ke-10.

Dalam saingan 470 international wanita, gandingan Nuraisyah Jamil-Juri Karimah Noor Jamali masih gagal memperbaiki kedudukan apabila perlumbaan kelima dan keenam dengan hanya menamatkan saingan di tempat ke-20.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 5:46pm
d