Sukan Lain

Jantina Christine diragui

Oleh Agensi

Tokyo: Pemenang pingat perak Olimpik, Christine Mboma baru berusia 18 tahun dan mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan olahraga.

Atlet pecut remaja wanita Namibia itu mencipta kejutan di temasya Tokyo apabila memintas barisan bintang lebih ternama untuk meraih pingat perak 200 meter dengan catatan 21.81 saat sekali gus rekod baharu dunia bawah 20 tahun.

Rakan sepasukannya, Beatrice Masilingi juga berusia 18 tahun yang menduduki tempat keenam turut menarik perhatian apabila mara ke final 200 meter dalam kejohanan utama pertamanya.

Tetapi kehadiran kedua-dua atlet wanita terbabit mencetuskan perdebatan mengenai peraturan yang membenarkan wanita yang mempunyai lebih testosteron dan bertubuh seperti lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan.

Situasi terbabit mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan atlet lain. Antaranya kritikan daripada ratu pecut Poland, Marcin Urbas.

"Saya mahu ujian dilakukan ke atas Christine bagi menentukan sama ada dia benar-benar seorang wanita,'' kata Marcin.

"Kelebihan testosteron dimilikinya berbanding atlet lain dapat dilihat dengan mata kasar. Bentuk fizikal, pergerakan, teknik dan pada masa sama, kepantasan serta ketahanan.

"Dia mempunyai parameter seperti budak lelaki berusia 18 tahun. Pada usia itu, catatan terbaik saya 22.01 dan dia pula mencatat 21.97 di Tokyo."

"Kami rasa seperti tidak adil kepada atlet wanita yang benar-benar seorang wanita.''

Disiarkan pada: August 5, 2021 @ 10:39am
d