Sukan Lain

Hari yang tidak sempurna buat Rahm

Oleh AFP

San Francisco: Pemain nombor satu dunia Jon Rahm berkata persiapannya untuk Piala Ryder tidak berjalan seperti yang dirancang namun pemain Sepanyol yang mengalami masalah perut berkata keadaannya bertambah baik selepas berjaya melakukan par 72 pada pusingan pertama Kejohanan USPGA Fortinet.

Rahm menarik diri daripada menyertai pro-am Rabu lalu, disebabkan keletihan selepas bertarung dengan naib juara Patrick Cantlay di jelajah USPGA minggu lalu.

"Saya tidak tenang seperti yang selalu," kata Rahm apabila dia mula tidak makan di padang seperti yang selalu dia lakukan.

"Ia membuatkan saya terpaksa bertarung dengan keadaan yang sukar dan itu sebabnya aksi saya di atas green tidak bagus, ia bukan hari terbaik dan sekali lagi inilah hakikat yang perlu diterima.

"Saya beraksi dengan teruk. Saya rasa ramai pemain di luar sana bermain dengan lebih teruk.

"Tapi Tiger Woods menang Terbuka AS dengan lutut yang cedera, jadi saya OK."

Rahm melakukan dua bogey dan dua birdie pada untuk par 72 di Silverado Resort in Napa, California.

Pemain Amerika, Chez Reavie yang mendahului pusingan pertama pada kejohanan pembukaan jelajah AS musim 2021-22 dengan tujuh bawah par 65.

Kesabaran Reavie berbayar apabila dia bangkit dari bogey awal di lubang ke-14 dengan birdie di lubang ke-16 dan 17.

Dia akhirnya berjaya menamatkan pusingan itu dengan enam birdies termasuk tiga birdies berturut-turut.

Disiarkan pada: September 17, 2021 @ 1:06pm
d