Sukan Lain

McIlroy ungguli Piala CJ

Oleh AFP

Los Angeles: Rory McIlroy melakar kejuaraan Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) kali ke-20 dalam karier ketika mencatat enam di bawah par 66 untuk memenangi Piala CJ mengatasi satu pukul daripada Collin Morikawa.

Kekecewaan selepas aksi hambar pada saingan Piala Ryder bulan lalu selain bergelut untuk menyamai pencapaian Bryson DeChambeau, pemain berusia 32 tahun dari Ireland Utara itu mempamerkan prestasi sebagai juara utama empat kali.

"Sejak beberapa bulan lalu, saya cuba menjadi seseorang yang lain," kata McIlroy.

"Saya sedar menjadi diri sendiri sudah mencukupi dan ia memadai untuk melakukan perkara seperti ini."

McIlroy berkata aksi merudum di Piala Ryder ketika pasukan Eropah merekod kekalahan 19-9 ternyata memberi inspirasi untuk meningkatkan kualiti permainannya.

"Ia memberi impak yang besar. Sangat kuat," kata McIlroy.

"Saya sangat kecewa dengan permainan saya. Saya lebih beremosi memikirkan mengenai perkara itu berbanding kemenangan ini."

Juara dua kali kejohanan utama, Morikawa menamatkan saingan dengan melakukan eagle berada di tempat kedua dengan 264 selepas menghampiri 62 bersama rakan senegara dari Amerika, Rickie Fowler dan Keith Mitchell ketiga dengan 266.

Disiarkan pada: October 18, 2021 @ 2:07pm
d