Sukan Lain

Ann lakar kejuaraan sulung WTA di Terbuka Tenerife

Oleh AFP

Madrid: Pemain tenis Amerika Syarikat, Ann Li menewaskan wakil Colombia, Camila Osorio 6-1, 6-4 sekali gus melakar kejuaraan pertama WTA di Terbuka Tenerife, pagi ini.

Ann, 21, pemain ranking nombor ke-60 dunia memastikan kemenangan dalam tempoh 70 minit ke atas Camila pada pertembungan pertama buat kedua-dua mereka.

Camila memperoleh mata pembukaan pada set pertama sebelum tewas dengan enam mata berturut-turut.

Ia adalah penampilan final pertama Ann di pentas senior selepas penentuan Trofi Grampians berdepan Anett Kontaveit dibatalkan pada Februari lalu.

Minggu depan, Ann akan diletakkan sebagai pilihan kesembilan di Terbuka Courmayeur dekat Itali dan akan menentang pemain ranking 112 dunia dari Rusia, Kamilla Rakhimova pada pusingan pertama.

Disiarkan pada: October 25, 2021 @ 12:42pm
d