Sukan Lain

Trio tenpin boling kecundang di Dubai

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad tenpin boling negara gagal menyerlah pada Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila trio lelaki dan wanita tersingkir pada suku akhir semalam.

Trio lelaki yang dibarisi Syafiq Ridhwan Abdul Malik, Muhammad Rafiq Ismail, Muhammad Syazirol Shamsudin dan Timmy Tan tewas 226-243 kepada pasukan dari Amerika Syarikat dalam acara yang diadakan di Pusat Tenpin Boling Antarabangsa Dubai.

Natasha Mohamed Roslan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Nur Syazwani Sahar dan Faten Najihah Ahmad Faik pula disingkirkan oleh Singapura 254-203 menerusi acara trio wanita.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi trio negara, pengurus pasukan Maradona Chok kecewa melihat anak buahnya gagal melepasi peringkat suku akhir walaupun telah berusaha untuk membuat balingan bola yang baik semalam.

"Sukar untuk gambarkan perasaan. Pin carry adalah isunya terutama dengan trio lelaki.

"Bagi pasukan wanita pula, Singapura benar-benar memiliki 'permainan A'.

Mereka melakukan tujuh strike pada lapan frame sementara kita agak bergelut untuk mendapatkan strike," katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: November 12, 2021 @ 8:20pm
d