Sukan Lain

Murray, Emma meriahkan saingan di Abu Dhabi

Oleh Agensi

London: Pemain tenis Britain, Andy Murray dan Emma Raducanu akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenis Dunia Mubadala dekat Abu Dhabi, bulan depan.

Acara pertunjukan yang dilangsungkan selama tiga hari itu dijadual bermula 16-18 Disember.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Dominic Thiem dan juara 20 kali Grand Slam, Rafael Nadal antara lapan pemain lelaki yang menyertai acara itu.

"Saya sudah tidak sabar untuk kembali," kata juara tiga kali Grand Slam, Murray yang memenangi kejohanan itu sebanyak dua kali.

"Dengan Emma turut beraksi pada hari pertama, kami akan membawa cabaran untuk British dan berharap dapat mempamerkan aksi terbaik."

Emma yang juga juara Terbuka AS berdepan juara Olimpik, Belinda Bencic pada hari pembukaan, sementara pemenang bagi perlawanan Murray - Thiem akan berdepan Nadal di separuh akhir.

Andrey Rublev dan Casper Rudd, yang berada di ranking kelima dan kelapan dunia turut mengambil bahagian.

Kejohanan berkenaan tidak dapat dilangsungkan tahun lalu kerana pandemik Covid-19.

Disiarkan pada: November 24, 2021 @ 12:48pm
d