Sukan Lain

IOC hormati keputusan AS

Oleh AFP

Lausanne: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata mereka menghormati pengumuman kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

"Kehadiran pegawai kerajaan dan diplomat adalah keputusan politik semata-mata untuk setiap kerajaan. Di mana IOC memilih politik berkecuali untuk menghormati sepenuhnya apa-apa keputusan," menurut jurucakap IOC.

Langkah itu dilaksanakan sebagai bantahan terhadap rekod hak asasi manusia China, namun AS tetap akan menghantar atlet ke temasya berkenaan.

Washington mengambil tempoh beberapa bulan untuk memutuskan pendirian berhubung sukan itu, yang dihoskan negara didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uighur beragama Islam di Xinjiang.

Tiada tindakan serta merta dari Beijing, namun Kementerian Luar Negara China telah mengancam "tindak balas tegas" jika sebarang boikot sedemikian dilaksanakan.

IOC berkata pengumuman kerajaan AS menjelaskan Sukan Olimpik dan penyertaan atlet adalah menjangkau kuasa politik dan ia sangat dialu-alukan.

"Sokongan daripada atlet dan Sukan Olimpik sudah dinyatakan beberapa kali sejak beberapa bulan lalu, kebanyakannya daripada revolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan tema 'Membina dunia aman dan lebih baik menerusi sukan dan bersesuaian dengan penganjuran temasya Olimpik.'

Disiarkan pada: December 7, 2021 @ 10:05am
d