Sukan Lain

Jaguh Olimpik kembali menggegar Februari depan

Oleh Agensi

Milan: Jaguh pecut 100 meter (m) Olimpik, Lamont Marcell Jacobs dijangka kembali menyertai pertandingan kompetitif di Berlin pada Februari depan.

Atlet berusia 27 tahun dari Itali itu tidak menyertai perlumbaan sejak temasya sukan di Jepun pada Ogos lalu, di mana dia turut memenangi pingat emas dalam acara 4x100m lelaki.

Dia terlepas lima pertandingan Diamond League tetapi bertanding di kejohanan dalam dewan Berlin yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari.

Pengurusnya, Marcello Magnani sebelum ini berkata kecederaan bukan faktor utama dalam mempengaruhi keputusan Jacob untuk berehat tetapi memanfaatkan cuti bagi mengelak daripada kecederaan.

Jacobs yang bertukar dari acara lompat tinggi pada 2018 menjadi atlet pertama Itali memenangi pingat emas Olimpik 100m lelaki dengan kejayaannya di Tokyo.

Disiarkan pada: December 8, 2021 @ 11:30am
d