Sukan Lain

Britain tunda aksi tinju angkara Covid

Oleh Agensi

London: Jawatankuasa Tinju Britain (BBBofC) semalam menggantung semua pertarungan tinju di United Kingdom susulan peningkatan kes Covid-19 sekali gus memaksa pertembungan middleweight Chris Eubank Jr dan Liam Williams ditunda buat kali kedua.

Selepas mendapat nasihat daripada panel perubatan, BBBofC mengesahkan tiada pertarungan bulan ini dan hanya dijangka bersambung pada Februari.

Keputusan itu mengecewakan Eubank dan Williams yang sepatutnya bertarung di Cardiff pada 29 Januari selepas pertarungan awal pada 11 Disember ditunda apabila Williams belum pulih kecederaan bahu.

Namun Eubank yang kurang senang menulis di Twitter: 'Hei Liam "Wettiams" anda sepatutnya minta maaf kepada penyokong jadi saya boleh mencari lawan yang lain. Anda mungkin tak berani menentang saya tetapi ada petinju lain sedia menunggu saya #AllFartNoStink #Wettiams.'

Williams pula bakal mempunyai jurulatih baharu lebih berkaliber, Adam Booth menjelang pertarungan dengan Eubank sejurus selepas penangguhan.

Promoter tinju, Ben Shalom mendedahkan keraguan Eubank mengenai kecederaan lawannya itu berkata kepada Sky Sports: 'Chris berasakan sesuatu yang pelik berlaku tapi kami telah pun melihat laporan perubatan dan tak perlu ragu lagi dengan kecederaan Williams.''

Disiarkan pada: January 3, 2022 @ 12:26pm
d