Sukan Lain

Ashleigh ledak 12 ace benam Sofia

Oleh AFP

Adelaide, Australia: Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty meledak 17 ace ketika menewaskan bekas juara Terbuka Australia, Sofia Kenin 6-3, 6-4 dalam aksi suku akhir Antarabangsa Adelaide hari ini.

Ashleigh sukar digugat Sofia dan hanya memerlukan 68 minit melenyapkan cabaran pemain nombor 12 dunia hanya dalam masa 68 minit.

Pemain Australia berusia 25 tahun itu menang 31 daripada 32 mata daripada servis pertama dan sembilan daripada 16 mata pada servis kedua manakala servis Sofia pula kurang berkesan dan pemain Amerika Syarikat itu juga melakukan 26 kesilapan .

Ashleigh yang tidak beraksi sejak berehat akibat pandemik sejak September lalu berdepan laluan sukar pada kejohanan Adelaide.

Dia mendapat 'bye di pusingan pertama sebelum menewaskan bintang meningkat naik Amerika Syarikat, Coco Gauff dengan tiga set di pusingan kedua dan berdepan Sofia di suku akhir.

Menunggunya di separuh akhir sama ada Iga Swiatek yang kini berada di kemuncak prestasi atau bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka.

Disiarkan pada: January 7, 2022 @ 6:58pm
d